Cabang Bahasa Slavik

Cendekiawan-cendekiawan membahagikan bahasa-bahasa Slavik kepada tiga cabang utama, dengan setiap cabang mempunyai subcabang:

Sesetengah ahli sains mempostulatkan bahawa terdapat juga cabang Slavik Utara; dialek Novgorod Lama merupakan salah satu saki-baki. Bagaimanapun, istilah "Slavik Utara" kekadang juga digunakan untuk menggabungkan bahasa-bahasa Slavik Barat dan Timur menjadi satu kumpulan yang berbeza daripada bahasa-bahasa Slavik Selatan.

Bahasa persuratan Slavik yang tertua ialah Slavik Gereja Lama yang kemudian berkembang menjadi Slavik Gereja.

Pembahagian tiga pihak bahasa-bahasa Slavik tidak mengambil kira dialek-dialek pertuturan bagi setiap bahasa. Dalam lingkungan itu, terdapat apa yang dipanggil dialek-dialek peralihan dan dialek-dialek kacukan yang merapatkan jurang-jurang antara berbagai-bagai bahasa, dan yang menunjukkan persamaan yang tidak begitu nyata ketika membandingkan bahasa-bahasa persuratan (iaitu bahasa piawai) Slavik.

Terdapat perbezaan-perbezaan yang mencukupi antara berbagai-bagai dialek dan bahasa Slavik untuk menyusahkan komunikasi antara penutur-penutur daripada berbagai-bagai bahasa Slavik. Perbezaan antara dialek-dialek dalam setiap bahasa Slavik amat berbeza; umpamanya, dialek-dialek Rusia tidak begitu berbeza, berbanding dialek-dialek Slovenia.


Peta bahasa-bahasa Slavik di Eropah